Perumusan yang mudah Wikipedia:Pandangan_berkecuali

Kami kekadang memberikan perumusan alternatif untuk polisi nyah berat sebelah: menegaskan fakta, termasuknya fakta-fakta tentang pendapat — tetapi jangan menegaskan pendapat-pendapat pada dirinya sendiri. Terdapatnya perbezaan yang besar antara fakta dan nilai ataupun pendapat. Dengan "fakta", kami bermaksud "sesuatu maklumat yang tidak mempunyai pertikaian yang penting". Dengan erti kata ini, kajian yang menghasilkan sesuatu maklumat terbitan ialah fakta. Yang terdapatnya planet yang digelarkan Marikh ialah fakta. Yang Plato merupakan ahli falsafah ialah fakta. Tiada orang akan mempertikaikan hal-hal tersebut. Oleh itu, kita dapat menegaskan seberapa yang dapat tentang hal-hal tersebut.

Sebaliknya, dengan nilai atau pendapat, kami bermaksud "sesuatu maklumat yang terdapatnya pertikaian". Sememangnya, terdapatnya kes-kes pinggiran yang kita tidak pasti adakah kita harus mengambil berat tentang sesuatu pertikaiaan; tetapi terdapatnya banyak kenyataan yang amat jelasnya menyampaikan nilai-nilai dan pendapat-pendapat. Bahawa pencurian adalah salah merupakan nilai ataupun pendapat. Bahawa Beatles adalah pancaragam yang teragung ialah nilai ataupun pendapat. Bahawa Amerika Syarikat adalah salah kerana menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki ialah nilai ataupun pendapat.

Wikipedia menumpukan kepada kenyataan fakta dengan erti kata yang dihuraikan di atas. Sewaktu kita hendak menyatakan sesuatu pendapat, kita menukarkan pendapat itu menjadi fakta melalui kenyataan bahawa pendapat itu dipegang oleh seseorang. Oleh itu, daripada menegaskan bahawa "Beatles merupakan pancaragam yang teragung", kita boleh berkata, "Kebanyakan orang Amerika Syarikat percaya bahawa Beatles merupakan pancaragam yang teragung". Fakta itu dapat ditentusahkan oleh kajian. Ataupun anda boleh menyatakan "Beatles mempunyai banyak lagu yang telah disenaraikan dalam "Billboard Hot 100". Ia juga merupakan fakta. Dalam kes pertama, kita menegaskan pendapat; dalam kes kedua dan ketiga, kita "menukarkan" pendapat menjadi fakta dengan mengaitkan kenyataan itu kepada orang yang lain. Adalah penting bagi anda mengambil perhatian bahawa rumusan ini adalah amat berbeza daripada rumusan "sebahagian orang percaya..." yang amat popular dalam perdebatan politik. Rujukan kita memerlukan orang-orang yang dapat dikenal pasti dan dihitung bilangannya, sekurang-kurangnya secara subjektif atau, lebih baik lagi, memberikan nama orang-orang itu.

Tambahan pula, dalam penyampaian pendapat, terdapatnya juga pertentangan pendapat terhadap bagaimana sesuatu pendapat harus dinyatakan; kekadangnya atas keadilan, anda diperlukan membataskan pemerian pendapat anda ataupun menyampaikan beberapa rumusan supaya dapat mencapai penyelesaian yang mewakili kesemua sudut pandangan yang utama terhadap sesuatu keadaan.

Tetapi adalah tidak mencukupi hanya untuk menyatakan bahawa polisi nyah berat sebelah Wikipedia adalah untuk menyatakan fakta dan bukannya pendapat. Sewaktu menegaskan fakta tentang sesuatu pendapat, adalah mustahak juga bahawa anda menegaskan fakta-fakta tentang pendapat-pendapat yang bertentangan, dan membuatnya tanpa membayangkan bahawa mana-mana satunya adalah betul. Adalah penting secara amnya bahawa anda mengemukakan fakta-fakta tentang alasan-alasan di belakang sudut-sudut pandangan itu, serta menjelaskan siapakah yang memegang sudut-sudut pandangan itu. Biasanya, adalah terbaik jika anda dapat menyebutkan nama-nama wakil yang terkenal bagi setiap sudut pandangan.

Rujukan

WikiPedia: Wikipedia:Pandangan_berkecuali http://absoluteshakespeare.com/william_shakespeare... http://www2.localaccess.com/marlowe/pamphlet/pamph... http://nupedia.8media.org/policy.shtml#nonbias http://web.archive.org/web/20010416035757/http://w... http://www.cjr.org/issues/2004/6/mooney-science.as... http://www.idrewthis.org/2004/bothsides.html http://meta.wikimedia.org/wiki/Neutral_point_of_vi... http://en.wikipedia.org/wiki/Adolf_Hitler http://en.wikipedia.org/wiki/User:Jimbo_Wales http://en.wikipedia.org/wiki/User:Karada